Monday, June 11, 2012

Rumah 1.5 juta, mampu ker?


Semalam, lepas jer budak kecik sorang ni bangun tido terus jer tepon papa suruh amik memandangkan si encik suami tak ingat nak balik dari memancing. Siap-siap pergi breakfast and terus pergi Cahaya Alam untuk amik kunci rumah baru Kakak N.


Ramai betul orang yang datang, so kereta pun kena park jauh sikit. Tapi tak pe sebab derang siap sediakn buggy lagi. Part yang paling besh, stroller si asyraf pun angkut naik buggy. Seronok betul N naik buggy ngan budak kecik ni.


Semalam masa N pergi tu, derang siap wat makan-makan. Macam-macam ada. Satay, Roti jala, Kuew teow, Ais kacang and etc. Tapi sebelum amik makanan N ajak mama g masuk show room dulu. Perghh cantik gila, nasib baik ada service crew duk ngekor, kalu idak boleh meleleh air liur tengok kecantikan umah and deconya.

Dalam hati duk pikir, untungnya kakak dapat husband yang boleh bagi dia umah sebesar macam ni. Seronok la Aqil (anak kakak) dapat bilik sendiri. Superb la wa cakap sama lu.. hehe excited pula rasa. Kat bawah ni la umah yang N masuk semalam. Tapi yang membuatkan umah tu superb adalah disebabkan oleh perabot-perabot yang telah siap dipasang. Kalu beli pun nanti takder la dapat umah yang fully furnished yang macam dalam show room tu.

Masa N tengok dari luar lagi dah boleh buat N rasa terpegun. Bila dah masuk lagi la tercengang. Kat ruang tamu ada sofa with carpet yang berbulu-bulu tu, masuk sikit lagi ada dining area and dry kitchen. Siap ngan cabinate bagai.. Tak cukup jalan kat bawah, kiteorang naik lagi tingkat atas.

Master room memang besar siap ada walk-in closet lagi sebelah bilik air. Tapi jangan tertipu yer sebab wardrobe kene pasang sendiri. Sama juga dengan bath tub dalam bilik air, ianya sendirian berhad okay. Memang serius la N cakap, show room semalam memang buat N betul-betul macam nak hidup dalam umah tu.. huhuu.

Memang la angan-angan N untuk ada umah sendiri yang ada walk-in closet cam kat umah Kimora Lee Simmon tu. Dan umah macam ni memang memenuhi cita rasa N.. chehh gaya macam gaji 20K kan, berangan dalam mimpi je la.


Kat atas ni la show room house yang N masuk. 2 1/2 storey link house, semi D. 4 rooms with individual rest  room + 1 small room. N sangat suka umah semi D sebabnya kat luar rumah ada ruang untuk beriadah.


Masa tengah syok layan ais kacang:

N: Nad dah masuk show room, cantiknya umah aboy (abang ipar).

Aboy: Ehh.. bukan yang macam ni la. Umah yang orang beli tu 2 storey je. Yang ni (sambil tunjuk show room) 1.5 juta.

N: Ohhh..

Makanya, ternganga la N dengar regenya. Rupanya show room tu untuk next project derang, kiranya baru nak launch laa. Alahai, hidup 100 kali pun tak tentu dapat beli umah rege macam ni.

Untuk penyerahan kunci umah, 16 pembeli yang datang awal sahaja dipanggil untuk diserahkan kunci oleh Dato' Effendi Nawawi.


Setelah kami berjimba-jimba dekat show room yang cantik tu, inilah hasilnya.. Kakak letak amani (anak kakak) kat bilik N sebab 2 orang abangnya asik nak usik je. Tapi si budak comel ni tido 10 minit jer, pastu bangun terus.. huhu.. amani kecik lagi, so dia layan tido je

Dalam gambar mereka memang nampak sama besar tapi kalau tengok secara realiti sorang baru nak membesar and lagi sorang deboom.. hehe


Kaki asyraf and amani :D

** nota kaki: masa baru sampai kat khemah registration one of the photographer bley tanya samada Asyraf and Amani ni kembar ke.. Erkkk.. Adakah dia tak nampak kebesaran mereka yang sangat berbeza :P

8 comments:

Saya Disini said...

debab 2 2

♥ wawawawa ♥ said...

alalala comel baby!!

rumah tu cantik..suke design rumah cmnie tw..modern

Unknown said...

cantik rumah tu...tpi harga pon cantik lah...

nur anis said...

1.5 juta...fuhhh..sesak nafas jap..huhu

~Cik Sweety~ said...

waduuhhh..1.5 juta??? telan liur jela..hihi

MissNadia said...

@saya disini: debab debob dobob.. :P

@wawawawa , muhammad, nur anis & sweet honesty: a'ah cantik n modern.. rege pun cantik n modern huhu

Anonymous said...

cute one... slm kenal n dah follow u 16

MissNadia said...

salam kenal jugak :D