Monday, June 25, 2012

Baby debokk demam..


Last 3 weeks, my baby debokk ni demam. Kesian dia, kepala panas, tapi badan okay. Mak mertua cakap kalau selsema memang tang kepala jer panasnya.

Sekarang dia dah baik tapi batuk sikit-sikit, nak hilang dah.. Tapi since anak kena selsema, N siap berjangkit. Selsema sekejap, then sekarang ni tinggal batuk jer :(

** Apa-apa pun yang penting sekarang ni baby debokk dah sihat dan dah pandai ketawa and senyum-senyum bila diagah..

Wednesday, June 20, 2012

Friend's Wedd


This wedding event ni 3 minggu yang lepas.. Dah lapuk ar, tapi baru berpeluang nak post

Busy betul sekarang ni mengalahkan menteri besar huhu.

Ni wedding kawan N, Sherien kat Klang. N pergi dengan papa mama and baby asyraf. Pelamin and cake buah wedding member ni memang la marveles habis. Jelous pula, rasa macam nak kawen lagi :P.

Nanti kalau ada masa N minta pic tu kat mama sebab mama dapat tangkap gambar ngan pengantin kat pelamin. Memang sempoi and selamba ar mama duk sebelah pengantin walhal DJ dah panggil family untuk bergambar :P

Kalau kira kali ni dah masuk dua kali Asyraf pergi kenduri kahwin.


Sampai je rumah terus bawa masuk bilik, tapi kejap-kejap celik, kejap-kejap pejam mata..


Tapi last-last terus celik.. huhu

Monday, June 11, 2012

Rumah 1.5 juta, mampu ker?


Semalam, lepas jer budak kecik sorang ni bangun tido terus jer tepon papa suruh amik memandangkan si encik suami tak ingat nak balik dari memancing. Siap-siap pergi breakfast and terus pergi Cahaya Alam untuk amik kunci rumah baru Kakak N.


Ramai betul orang yang datang, so kereta pun kena park jauh sikit. Tapi tak pe sebab derang siap sediakn buggy lagi. Part yang paling besh, stroller si asyraf pun angkut naik buggy. Seronok betul N naik buggy ngan budak kecik ni.


Semalam masa N pergi tu, derang siap wat makan-makan. Macam-macam ada. Satay, Roti jala, Kuew teow, Ais kacang and etc. Tapi sebelum amik makanan N ajak mama g masuk show room dulu. Perghh cantik gila, nasib baik ada service crew duk ngekor, kalu idak boleh meleleh air liur tengok kecantikan umah and deconya.

Dalam hati duk pikir, untungnya kakak dapat husband yang boleh bagi dia umah sebesar macam ni. Seronok la Aqil (anak kakak) dapat bilik sendiri. Superb la wa cakap sama lu.. hehe excited pula rasa. Kat bawah ni la umah yang N masuk semalam. Tapi yang membuatkan umah tu superb adalah disebabkan oleh perabot-perabot yang telah siap dipasang. Kalu beli pun nanti takder la dapat umah yang fully furnished yang macam dalam show room tu.

Masa N tengok dari luar lagi dah boleh buat N rasa terpegun. Bila dah masuk lagi la tercengang. Kat ruang tamu ada sofa with carpet yang berbulu-bulu tu, masuk sikit lagi ada dining area and dry kitchen. Siap ngan cabinate bagai.. Tak cukup jalan kat bawah, kiteorang naik lagi tingkat atas.

Master room memang besar siap ada walk-in closet lagi sebelah bilik air. Tapi jangan tertipu yer sebab wardrobe kene pasang sendiri. Sama juga dengan bath tub dalam bilik air, ianya sendirian berhad okay. Memang serius la N cakap, show room semalam memang buat N betul-betul macam nak hidup dalam umah tu.. huhuu.

Memang la angan-angan N untuk ada umah sendiri yang ada walk-in closet cam kat umah Kimora Lee Simmon tu. Dan umah macam ni memang memenuhi cita rasa N.. chehh gaya macam gaji 20K kan, berangan dalam mimpi je la.


Kat atas ni la show room house yang N masuk. 2 1/2 storey link house, semi D. 4 rooms with individual rest  room + 1 small room. N sangat suka umah semi D sebabnya kat luar rumah ada ruang untuk beriadah.


Masa tengah syok layan ais kacang:

N: Nad dah masuk show room, cantiknya umah aboy (abang ipar).

Aboy: Ehh.. bukan yang macam ni la. Umah yang orang beli tu 2 storey je. Yang ni (sambil tunjuk show room) 1.5 juta.

N: Ohhh..

Makanya, ternganga la N dengar regenya. Rupanya show room tu untuk next project derang, kiranya baru nak launch laa. Alahai, hidup 100 kali pun tak tentu dapat beli umah rege macam ni.

Untuk penyerahan kunci umah, 16 pembeli yang datang awal sahaja dipanggil untuk diserahkan kunci oleh Dato' Effendi Nawawi.


Setelah kami berjimba-jimba dekat show room yang cantik tu, inilah hasilnya.. Kakak letak amani (anak kakak) kat bilik N sebab 2 orang abangnya asik nak usik je. Tapi si budak comel ni tido 10 minit jer, pastu bangun terus.. huhu.. amani kecik lagi, so dia layan tido je

Dalam gambar mereka memang nampak sama besar tapi kalau tengok secara realiti sorang baru nak membesar and lagi sorang deboom.. hehe


Kaki asyraf and amani :D

** nota kaki: masa baru sampai kat khemah registration one of the photographer bley tanya samada Asyraf and Amani ni kembar ke.. Erkkk.. Adakah dia tak nampak kebesaran mereka yang sangat berbeza :P

Wednesday, June 6, 2012

Picture of the day :D


Asyraf again.. malam tadi tak tahu la kenapa susah sangat budak comei ni nak tido. Mata tertutup dan dah ngantuk tapi duk merengek-rengek. Dah macam-macam pattern buat. Baring atas tilam dia tak nak, telakup atas badan cara yang dia suka pun tak jalan. Kepit celah tiak pun tak mau jugak. Puting pun dah berkali-kali keluar masuk mulut dia.

Pusing sana, pusing sini, terbalik sana, terbalik sini.. last-last pukul 6 pagi baru dia nak tido.

Makanya mama kepada budak comei ni dapat tidur 1 jam saja sebelum g keje.. :P

Monday, June 4, 2012

N really miss him



Ni lah wallpaper yang N tempek kat dekstop.. Ishh tetiba pula rasa rindu kat budak kecik yang sorang ni.. semacam jer rindu kat dalam hati ni. Ada lagi 3 jam tapi setiap detik rasa macam berkurun lamanya.. huhu

Masa tengah pantang selalu aja pikir nak jadi full housewife. Tak nak kerja, nak duduk berkepit jer dengan anak kat rumah. Tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan.

kepada anak mama:
mama selalu ingatkan Asyraf :D

Sunday, June 3, 2012

Review jawapan Segmen Bloglist June by Dalca


Soalan umum: 
Filem melayu apakah yang mendapat kutipan paling banyak pada tahun 2012 hinnga kini?

Jawapan yang N bagi ialah Adnan Sempit 2. Sebenarnya N tak tengok pun lagi cerita ni, N dapat tahu pun dari Pakcik Google. Rata-rata jawapan yang diberi adalah filem dari tahun 2011.

Soalan logik:
Edisi dalca yang manakah paling diminati?

Jawapan N adalah edisi lawak dalca. N letak jawapannya adalah berdasarkan edisi yang N minat, padahal kalau baca betul-betul soalannya, dalca mengatakan edisi manakah yang paling diminati oleh pembaca. Tapi apa-apa pun jawapannya tak kisah lah kan sebab jawapannya memang betul pun. hehehe.. kiranya N lucky la untuk soalan ni :D

Soalan ilmiah:
Siapakah wanita yang tidak mempunyai haid dan nifas?

Jawapan N ialah Fatimah Az-Zahra. Kenapa ye N tak letak budak yang belum baligh dan perempuan yang dah menopous macam orang lain, jawapannya adalah kerana soalan ni dalam bentuk ilmiah. Apa yang N  perhatikan ramai yang tak tengok tajuk soalan dan kandungannya sebelum menjawab. Tapi N pun tak terlepas juga. Untuk soalan 1 dan 3 N baca betul-betul tajuk dan juga kandungannya tapi untuk soalan yang ke 2 N tak perasaan yang soalan tu merupakan soalan logik.. :P

Untuk segmen ni N ingin mengucapkan terima kasih kepada Dalca/Muhammad kerana kalau bukan segmen ni memang sampai bila-bila pun N tak tahu serba sedikit kisah Fatimah Az-Zahra.

N dapat maklumat berkenaan Fatimah Az-Zahra kat sini (wikipedia).

**nota kaki: Masih tak percaya N pemenang untuk segmen ni, 100% betul pulak tu (kembang kempis hidung nih)