Wednesday, May 30, 2012

Anak N

**latest picture date: 26 may 2012

Namanya Muhammad Asyraf

Lahir pada 20 March 2012
maksudnya dia dah 2 bulan seminggu :D

Jumpa jalan keluar pada pukul 5.10 pagi.
Duduk dalam perut sambil menendang-nendang tak sabar nak keluar dari jam 4 lebih pagi yang bertarikh 19 March 2012 ( about 24 hours :P ).

Selamat menjengah ke dunia ciptaan Allah yang indah ni dengan anggota badan yang lengkap, normal dan yang paling penting sihat mihat dan bersemangat sebanyak 3.1 kg

Tuesday, May 29, 2012

Cousin's Wedd


We are on our way to my cousin's wedding and this is the first time Asyraf attend kenduri kahwin :D. The event was held at one of the SIRIM's dewan, Shah Alam.


 Asyraf with his cute Hanky Panky


Nom.. nom.. finger licking good

Selamat Pengantin Baru kepada Hadi & Dalila (if not mistaken).
Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan bahagia selalu.

Sunday, May 27, 2012

"Segmen Dalca : Bloglist June"


Cuti-cuti ni N berkesempatan join segmen yang dibuat oleh blogger Muhammad ni. Saper-saper nak join boleh la klik banner kat atas dan jawab soalan-soalan cepu cemas yang diberikan :D. Harap-harap blog N yang cun ni bley jadi one of the winner, wish me luck ya.

Soalan cepu cemas seperti berikut:

Filem melayu apakah yang mendapat kutipan paling banyak pada tahun 2012 hingga kini?
Adnan Sempit 2

Edisi dalca manakah yang paling diminati?
Edisi Lawak Dalca

Siapakah wanita yang tidak mempunyai haid dan nifas?
Fatimah Az-Zahra (puteri bongsu Nabi Muhammad)

N tag:

Berpoya-poya at Paradigm Kelana Jaya

source: click here

Paradigm Mall Kelana Jaya sudah dibuka. Hari-hari duk tengok pembinaan paradigm ni. So, masa pembukaan 23 may 12 baru-baru ni, poyo-poyo jer N pergi merasmikan mall ni.. hehe. Tak beli apa pun tapi saja nak pergi, dalam hati duk pikir promotion apa la yang derang buat untuk hari pertama..

Dalam mall ni ada Tesco, GCS, Padini, Mark & Spencer, Zara, Elle, Harvey Norman,Toy R Us, Kedai buku Popular and etc.


Siap posing cun depan BodyShop lagi. hehe.. Bodyshop ada wat sales sampai 50% off. Tapi tak beli pun sebab perfume yang ada less tu baunya tak memikat hati. Barang lain yang ada less body lotion, liquid bath, deodoran, lipstick and etc.



ruang legar mall


Sedap je tengok, terliur rasa. Dikenali sebagai Oyaki iaitu Japanase Soft Roll. Next time dah ada duit boleh la beli :D


N tak beli pun kasut ni, saja gatal-gatal kaki nak cuba. hehe.. Anyway, N suka warna kasut ni :D



kenangan bersama abang kulit hitam :D



Masuk lagi kedai kasut. Kasut kelabu yang N cuba ni memanglah sangat selesa. Sesuai sangatlah dengan harganya yang juga selesa RM239.00.. :P Nasib baik poket N tak selesa, kalau tak dah penuh beg plastik kat tangan huhu..


Tunggu ice blended yang sudah order dekat Juice Work


N order Burst Berry, harga dalam RM8 lebih. Tak berapa nak sedap sebab masam dan banyak biji buah berry yang keras, nasib baik orang yang belanja... :P

Juicework kat Paradigm sekarang ni ada offer BUY 1 FREE 1, so saper2 yang nak beli dan terkena yang tak sedap takder la rasa rugi sangat :D.. Menyesal tak amik yang chocolate orea punya, dah tentu-tentu ar sedap kan.. huhu bad choice

Tuesday, May 22, 2012

Buah hati N


Inilah buah hati N. Semalam masa balik kerja, si buah hati N ni tidur dalam bouncer dia.

Alahai, rindunya N nak peluk. Nasib baik tengah tidur, kalau tak memang kena cium bertalu-talu la dengan N..

Tengah siap-siap pakai baju lepas mandi, barulah dengar buah hati ni merengek-rengek kecik (tapi kalu lambat bagi susu, suara dia cam suprano) . Comel jer bunyi, N pun terus meluru keluar macam peluru berpandu.

Terus angkat, pastu cium dia puas-puas.. haha. Seronok betul N rasa sampaikan encik husband nak amik pun N bley tak nak bagi.. ngeh ngeh. Encik husband siap merajuk and lari masuk bilik.. Teeeheeehee.. Dah besar pun nak majuk

N pun masuk la bilik kasi buah hati main-main dengan ayah dia. Mengekek-ngekek dia gelak. Bahagia je tengok muka dia, hilang penat kerja.

Monday, May 21, 2012

Alahai anak mama..



Hari ni tercatat dalam diary hidup yang N terpaksa berjauhan dengan anak N.. huhu

Selama cuti bersalin selama 2 bulan, N tak pernah sekali pun berjauhan dengan dia. Sebelum keluar dari bilik siap cium dia 2 ke 3 kali, rasa macam sayang nak tinggalkan dia. Sedih je..

First day masuk kerja selepas bersalin asyik teringat jer kat dia. Tengah hari tadi tepon mak mertua. Mak kata dia tidur jer. Kesian betul dia, penat la tu.. Penat buli mama dia la malam tadi :)

Dia macam tau-tau jer yang dia nak kena tinggal hari ni, so malam tadi bukan main la dia berjaga. Tidur tak sampai 15 minit dah celik balik mata dia, yang paling haru sampai ke pagi pula tu.. huhu

Memang malam tadi pun N melayan dia dengan sabar.. Tak jemu jer pandang muka dia masa bagi dia susu (tapi kekadang tu kepala terhuyung hayang, mengantuk sangat rasa mata ni)

Tak sabar rasa nak balik kerja dan nak peluk cium dia puas-puas.. I love u, baby

Sunday, May 20, 2012

I'm not single


For the first entry N dah perkenalkan diri sendiri tapi tak sepenuhnya, 
especially my status :D

Well, for your information I'm not single.
Hahh.. jejaka-jejaka di luar sana tolonglah jangan kecewa kay.. 
hehe rasa macam terlebih perasan la pula
bukannya ada orang nak ngorat pun.. huuhhuu

So for this time let me introduce the king of the house aka my husband. 

My husband ni orangnya biasa-biasa jer..
Not an artist nor celebrity or neither from a loyal family

Tapi, apa-apa pun he is my husband :D

Saturday, May 19, 2012

I love picturessss..


N love picss.. N love pictures.. N love pix..

Klik!! kLik! kliK!!


N suka sangat gambar.. sangat-sangat suka
I love taking pictures and being captured.

N boleh jadi gedik tahap melampau kalau bab-bab ambik gambar ni.
Kalau tak der orang yang nak tangkapkan gambar,
tak jadi masalah sebab N boleh tangkap gambar sendiri.
Memang tak jemu-jemu
menggedik sorang-sorang depan kamera/HP.

Rasa macam rugi jer kalau tak amik gambar sendiri
yang makin hari makin melecun and comei ni.. 
huhu (masuk bakul angkat sendiri)

Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Guru


Harap-harap N tak terlambat untuk wish Selamat Hari Guru kepada semua golongan pendidik. N sangat menyanjung tinggi dengan usaha mereka selama ni.

Kalau tak kerana mereka siapalah N sekarang ni yer. Jasamu akan sentiasa dikenang :D

Selamat Hari Guru kepada guru-guru:

Tadika, Kem Jugra
1991

Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, Butterworth, Penang 
Standard 1-3, 1992-1994

Sekolah Kebangsaan Batu Lapan, Kuantan, Pahang
Standard 4-6, 1995-1997

Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Kuantan, Pahang
Form 1, 1998

Sekolah Menengah Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Form 2 & 3, 1999 & 2000

Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang
Form 4 & 5, 2001 & 2002

UiTM Cawangan Terengganu
2003 - 2006

Uitm Shah Alam, Selangor
2006 - 2008

Welcome to my blog..


Hai semua..

Saya Nadia. Nama penuh Nadia Mustafar. Opss chop chop!! 
Bukan Nadia Mustafa pelakon yang ada kontroversi dengan Lisdawati tu yer. 
Lisdawati pun tak kenal saya. Hehe dah melalut pula.
Nama kitaorang jer sama tapi orangnya lain-lain.

Well, u all boleh panggil saya Nad or N (guna dalam blog lama). 
Ni bukan first blog yang N buat. 
Saja tukar angin and gatal tangan create blog yang baru :D