Monday, October 15, 2012

Nestle free photoshoot..

Kelmarin sebelum balik rumah mama, N, husband and asy pergi Giant Seksyen 13, Shah Alam. Kononnya nak beli Drypers. Tapi sebelum pergi dah bagitau kat dear husband yang N nak g potong rambut. Si asy ni suka sangat nak tarik-tarik, lagipun rambut dah panjang, takleh nak handle ar.

Actually dear ada bagitau hari sebelum tu pasal drypers murah tu, tapi bila N ajak g kelmarin dear macam tak mau g, alasan takut drypers habis, almaklumlah harga tengah murah kan. Tapi N pujuk gak suruh pergi sebab N nak potong rambut.

Sampai kat Giant, N g potong rambut dulu. Buat layer style, RM 15 jer. Dah habis potong rambut, baru la kiteorang masuk Giant. Tak sampai berapa tapak dah nampak ar Drypers, harga RM31.99 lar kalau tak silap. Hahh, banyak betul tersusun sampaikan dear amik sampai 3 beg.

Pastu pergi pula bahagian makanan baby, ada sorang aunty promote baby cereal. Katanya, kalau beli boleh dapat satu baby photoshoot. Then kiteorang pun amik satu cereal beras plus buah-buahan. Pastu aunty tu ada suruh isi borang sikit and dapat lagi satu sample cereal beras 2 paket.

Dah habis jalan-jalan, baru la menuju ke booth phoshoot tu. Kat situ ada beberapa costume tapi asy takleh nak pakai sebab costume tu untuk kanak-kanak. So, masa tangkap gambar tu tak leh la nak ikut theme background tempat photoshoot tu..


When i grow up, I wanna be...... (sayangnya tak dapat pakai costume huhu)


Rasanya mama asy lagi excited.. :P

Asy sangat sporting.. gelak and senyum jer dia masa tangkap gambar

Monday, September 17, 2012

Babyography

Since a few months ago N banyak shoot gambar anak. Tapi tak der kesempatan nak post. So this is the latest picture (yesterday).. :D


N tangkap gambar ni guna DSLR Nikon. N setkan ke program A (apperture), sesuai untuk fokus subjek yang kita nak shoot dan dalam masa yang sama blurkan bahagian lain. Pic kat atas N fokus ke arah bulu mata.


My baby little finger. Semakin hari, dia semakin membesar. Bila N pergi kerja N rasa rugi sebab selalu terlepas moment-moment yang berharga.


U are growing very fast baby..


Semua pic ni N tak guna flash, sebab flash sometimes bley cerahkan or kilatkan kulit.Tapi resultnya, gambar akan jadik sedikit blur. Shoot 10, tapi satu jer yang jadik. Subjek memang tak gerak tapi tangan ni tak leh nak statik. Kalau pro photographer flash derang bley halakan ke atas, so takder la ketara sangat bayang-bayang dalam pic dan pic pun akan nampak lagi cantik dan tak blur.


Sleeping beauty


Innocent and naive..


Your eyes sparkling like a diamond


My little baby ni pandai posing..


Si mulut burung mama..


You already perfect for me. No one is perfect as your are, my dear.

Sweet little hunny bunny, no one can replace you

Hugs and kisses, lots of love :D

Friday, August 3, 2012

Babycot

Asyraf tidur dengan gumbiranya bersama teddy bear.
** teddy bear tu pinjam dengan kakak hasanah dia..

Holaaa semua.. 
Lamanya N tak tinggalkan jejak kat blog ni. Sejak dua menjak ni memang hectic betul la hidup N ni. 

Anyway, pic ni N dah lama upload tapi duk terperuk jer kat dalam draft. Dah berapa hari ni N memang asik buka draft ni tapi tak berpeluang nak buat apa-apa. Sekarang ni pun kalau nak ikut memang tak leh jugak, tapi cuba jer dengan rasa tanpa bersalah walaupun dah meninggalkan kerja yang bertimbun-timbun.. huhu

Tapi tengah-tengah busy dengan kerja ni rasa aman jer hati tengok budak debokk ni dalam babycot dia. Inilah babycot yang Tokpa dia belikan. Masa nak letak dalam bilik memang berhempas pulas N ngemas and ketepikan semua barang-barang yang ada dalam bilik tu dengan bantuan adik ipar.

Masa nak masukkan babycot dalam bilik, N memang dah decide nak buat masa encik husband keluar. motifnya, supaya N dapat susun barang-barang dengan tenang walaupun dah separuh nak pengsan ar buat sorang-sorang. Konon-konon perasan macam super woman la.. ngeh ngeh.

Tapi apa-apa pun at the end of day, siap juga. Oleh kerana kekurangan ruang or dengan erti kata lain muatan yang banyak dalam bilik tu, so N humban jer beberapa barang yang bley muat kat bawah babycot ni. Hanger ada, tissue roll, beg, bantal lagi. Hahh nasib baik ruangnya tak berapa nak besar, kalau tak memang lagi banyak barang N masukkan.. :)

Monday, June 25, 2012

Baby debokk demam..


Last 3 weeks, my baby debokk ni demam. Kesian dia, kepala panas, tapi badan okay. Mak mertua cakap kalau selsema memang tang kepala jer panasnya.

Sekarang dia dah baik tapi batuk sikit-sikit, nak hilang dah.. Tapi since anak kena selsema, N siap berjangkit. Selsema sekejap, then sekarang ni tinggal batuk jer :(

** Apa-apa pun yang penting sekarang ni baby debokk dah sihat dan dah pandai ketawa and senyum-senyum bila diagah..

Wednesday, June 20, 2012

Friend's Wedd


This wedding event ni 3 minggu yang lepas.. Dah lapuk ar, tapi baru berpeluang nak post

Busy betul sekarang ni mengalahkan menteri besar huhu.

Ni wedding kawan N, Sherien kat Klang. N pergi dengan papa mama and baby asyraf. Pelamin and cake buah wedding member ni memang la marveles habis. Jelous pula, rasa macam nak kawen lagi :P.

Nanti kalau ada masa N minta pic tu kat mama sebab mama dapat tangkap gambar ngan pengantin kat pelamin. Memang sempoi and selamba ar mama duk sebelah pengantin walhal DJ dah panggil family untuk bergambar :P

Kalau kira kali ni dah masuk dua kali Asyraf pergi kenduri kahwin.


Sampai je rumah terus bawa masuk bilik, tapi kejap-kejap celik, kejap-kejap pejam mata..


Tapi last-last terus celik.. huhu