Asyraf tidur dengan gumbiranya bersama teddy bear.
** teddy bear tu pinjam dengan kakak hasanah dia..
Holaaa semua..
Lamanya N tak tinggalkan jejak kat blog ni. Sejak dua menjak ni memang hectic betul la hidup N ni.
Anyway, pic ni N dah lama upload tapi duk terperuk jer kat dalam draft. Dah berapa hari ni N memang asik buka draft ni tapi tak berpeluang nak buat apa-apa. Sekarang ni pun kalau nak ikut memang tak leh jugak, tapi cuba jer dengan rasa tanpa bersalah walaupun dah meninggalkan kerja yang bertimbun-timbun.. huhu
Tapi tengah-tengah busy dengan kerja ni rasa aman jer hati tengok budak debokk ni dalam babycot dia. Inilah babycot yang Tokpa dia belikan. Masa nak letak dalam bilik memang berhempas pulas N ngemas and ketepikan semua barang-barang yang ada dalam bilik tu dengan bantuan adik ipar.
Masa nak masukkan babycot dalam bilik, N memang dah decide nak buat masa encik husband keluar. motifnya, supaya N dapat susun barang-barang dengan tenang walaupun dah separuh nak pengsan ar buat sorang-sorang. Konon-konon perasan macam super woman la.. ngeh ngeh.
Tapi apa-apa pun at the end of day, siap juga. Oleh kerana kekurangan ruang or dengan erti kata lain muatan yang banyak dalam bilik tu, so N humban jer beberapa barang yang bley muat kat bawah babycot ni. Hanger ada, tissue roll, beg, bantal lagi. Hahh nasib baik ruangnya tak berapa nak besar, kalau tak memang lagi banyak barang N masukkan.. :)